Wednesday, April 8, 2009

Rampas merampas...

2 ari yang lepas aku dan besfren telah mengadakan sesi minum bubble tea percuma untuk rakan2 lain sempena launching perniagaan bubble tea kami..so sesi ni sebenarnya hanya utk bg kengkawan rase je bubble tea tu camne..sbb selama ni aku ngan besfren tak penah wat pun..tp mini reunion kami kali ni tecemar dgn cerita rampas merampas ni..bukan rampasan kuasa yang kami bualkan..tp insiden junior aku merampas suami senior aku..dua2 pompuan ni kami kenal..dua2 pun cantik..tp xtau di mane silapnya ni yang jadi..dari cerita yang aku dengar dari kawan aku yang berada di tempat kejadian, junior aku ni mmg dah lama menyimpan perasaan kat suami senior aku ni..sejak diorang ni praktikal same2..tp laki ni kawin ngan senior aku..dan junior aku ni pun dah bertunang..aku tak faham camner seseorang yg mmg ade hubungan yang official boleh terjebak ngan benda2 camni..ni membuatkan aku makin takuttttttt untuk berkahwin..sbb zaman2 skang ni kawin cerai tu dah jadi cam satu permainan..takutnya aku kalau perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ni menemui kegagalan..senior aku tu bukan kawin lama pun..ade anak sorg dan br je 3 tahun kawin..mane peginya cinta di hati lelaki pada pompuan yang dia kahwini..?takkn hanya sbb godaan sorang pompuan hilang sume kasih dan sayang pada si isteri..?aku tak faham lelaki..pada yang pompuan plak..knp masih nak mengganggu lelaki yang dah berpunya?aku pasti sume pompuan akan takut hubungan diganggu gugat oleh insan ke3..tp mengapa masih nak mengganggu org lain..?wajah cantik semua kurniaan Allah..kalau Dia nak ambik..sekejapan je boleh ilang..pada junior aku tu..insaf la..tak guna membina kebahagian atas air mata orang lain..kalau lelaki tu sanggup berhubungan dgn pompuan lain tatkala masih beristeri..maknanya dia bukan lelaki yang baik..jangan terkejut kalau org ke3 ni pun akan menerima nasib yang sama...aku pulak....semakin takuttttt untuk berkahwin..walaupun sangat mencintai dia.....huhuhu

No comments:

Post a Comment